Thursday, January 28, 2010

DBC : Ep 1 - 3

Cazlin menghempaskan beg bajunya di atas bangku bus stop kolejnya. Beratnya beg aku ini. Rasa-rasanya berat begnya menyamai beras empat kilo kot. Itulah yang aku benci kalau cuti tentang cuti semester. Sudahlah terpaksa menunggu bas berjam-jam lamanya. Nak kena berebut naik bas. Lepas itu nak kena tukar naik komuter. Lepas itu, nak kena tukar naik LRT. Argh, beginilah nasibku.
“Woi, hang ni nak balik Bangladesh ka? Aku tengok beg hang ini berat gila. Belum campur hang punya laptop kat bahu,” Farah memandangku dari hingga ke bawah. Alah minah kedah ni, apsal dia ada kat sini pulak. Malas aku nak layan. Dia ini kalau dah bercakap tak berhenti.
“Aku ini ada kecelaruan mental sikit. Sayang nak berpisah dengan baju-baju kesayangan aku selama sebulan ini,”
Farah mengherotkan mulutnya.
“Iyalah hang ni. Aku tahulah hang ambik course psikologi. Takkan dah habis exam pun nak cakap pasal kecelaruan mental hang tu jugak,”
Cazlin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Iye tak iye jugak.
“Weyh, aku nak datang Melaka next week. Aku nak datang rumah hang. Hang bawa aku naik Menara Taming Sari tau. Aku nak jalan-jalan kat Melaka. Aku nak naik Eye Of Melaka, naik bas Double Decker, pergi Kota A Famosa… banyak lagilah,”
“Aku yang memang truly orang Melaka ni pun memang tak pernah naik menatang tu. Kau yang jauh-jauh ni pulak yang sibuk nak naik menatang tu.”
“Aku tak kira. Aku tau bila aku sampai Melaka Sentral nanti hang jemput aku tau. Ok. Aku chow dulu. Encik Shamsul dah tunggu aku tu. Dia nak bawa aku pergi shopping kat Pavillion. Sebab hari tu aku merajuk, then dia janji nak belikan aku handbag Louis Vuitton. So aku nak tuntut la ni. Argh, bestnya. Tak sabar lagi nih.”
“Ah, kau memang mata duitan. Materialistik. Bombastik. Fullustik.”
“Ah, jeles..Blueks. Babai Cazlin. Louis Vuitton dah tunggu aku nih. Daa,”
Cazlin melihat sahaja sahabatnya menaiki sebuah kereta Toyota Altis milik Shamsul.  Bukannya reti nak tumpangkan aku. Cis. Eh, aku nih. Ada hati nak tumpang kereta orang. Hehe. Tak malu. Bestnya ada pakwe yang berkereta. Si Farah ni bukannya reti nak balik masa cuti-cuti ini. Tak habis-habis berdating dengan si Shamsul. Eee, jeleslah pulak. Iyelah, kalau aku ada pakwe yang ada kereta tak payahlah aku nak bersesak-sesak naik bas, komuter dan sebagainya. Beginilah nasib diriku.. Tapi aku tak kisah pun hidup macam ni. Dah memang realitinya aku melalui hidup macam ni. Adventure ape? Naik bas. Berebut bas. Berebut nak masuk train. Memang itulah reality hidup anak kota. Takkan lah tiba-tiba je ada anak orang kaya macam si Shamsul nak jatuh gedebak gedebuk atas peha aku? Dah jadi hikayat Cinderella senget la aku macam tu. Hehe. Aku berangan lagi. Cazlin..Cazlin..

Aku cepat-cepat masuk ke dalam komuter. Maaflah brader, aku terpaksa jugak tolak brader tu demi mendapatkan tempat duduk di dalam komuter ini. Tapi hampeh, tiada satu pun tempat duduk kat dalam ni. Semuanya dah penuh. Aku mencari-cari brader yang aku tolak sebentar tadi. Manalah tahukan, mesti brader tu bengang gila aku tolak dia. Mesti dia kata aku perempuan tak bertamadun. Wakaka.. Tiba-tiba ada sorang wanita yang berkulit putih dan berpakaian ala-ala orang baru lepas bersukan masuk ke dalam train ketika kedua-dua pintu train komuter hampir bersatu. Ini lagi sorang geng aku. Tak bertamadun. Kalau tersepit macam mana? Tiba-tiba mataku terpandang wajah brader yang aku tolak sebentar tadi. Pandangan matanya tajam. Alamak, dia pandang akulah. Aku memusingkan tubuhku ke arah perempuan itu tadi. Aku berpura-pura sibuk memandang wanita itu. Hampir 10 minit aku memandang gelagat wanita itu. Betul ke tak perempuan ini? Tak boleh duduk diam ke? Dari tadi dok menggeliat. Sekejap-sekejap buka ikatan rambut dia. Lepas itu dia mengikat rambutnya semula. Nak tarik perhatian ke? Tiba-tiba wanita itu, mengambil sesuatu dari dalam begnya. Deodorant. Dia nak buat apa dengan deodorant tu?
Masya-Allah. Dia pakai deodorant tu kat tengah-tengah tren ni? Aku melihat sekelilingku. Majoritinya adalah kaum adam. Wanita ni nak buat lawak antarabangsa ke petang-petang ni. Aku mengalihkan tubuhku ke arah lain. Aku ingin menahan tawaku. Sahlah perempuan ini kurang siuman. Aku cuba sedaya-upaya menahan tawaku.Tak baik gelakkan orang Cazlin. Mataku sekali lagi terpandang brader tersebut. Cis, dia masih memandangku. Aiseymen, aku dah langgar perogol bersiri ke? Aduh, masalah besar ni. Apa aku nak buat? Stesen UKM ke stesen Bandar Tasik Selatan bukannya jauh sangat. Setengah jam sahaja. Kenapa aku rasa macam tren ni merangkak je ek? Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini. Matikanlah aku dalam iman..
Alhamdulillah, sampai juga aku kat stesen Bandar Tasik Selatan. Cepat-cepat aku keluar dari tren tersebut. Tiba-tiba ada seseorang memaut bahuku. Aku memalingkan wajahku. Ah, brader tadi. Aku pun menghayunkan beg bajuku ke arah lelaki tersebut. Aku pun membuka langkah silat yang tidak pernah aku pelajari. Itulah akibatnya atas kedegilan aku untuk mewarisi seni ilmu persilatan dari datukku. Dasar cucu pemalas. Rasa-rasanya gaya yang aku buka ini bukan berbentuk orang yang bersilat lagi, tetapi dah macam gaya Tai Chi. Ah, gasaklah. Kita kena buat-buat berani walaupun kita adalah manusia yang paling penakut dalam dunia ini.
Brader itu jatuh terjelepuk akibat beg seberat beras empat kilo yang aku bawa. Rasalah kau. Aku semakin bengang melihat brader tu tergelak. Cis..
“Apa yang awak nak dari saya hah? Baik awak cakap sebelum saya lepuk awak!!”
Lelaki itu bangun perlahan-lahan. Dia rileks je. Sempat juga membersihkan seluarnya. Muka macam baik. Alamak, toughnya badan dia. Tinggi macam Beckham. Aku ni dahlah kecik, ketot pula. Tak setanding langsung dengannya.
“Budak samseng..”ujar lelaki itu pendek.
Nafasku semakin turun naik. Kurang ajar betul mamat ni.
“Perogol!!” pantas sahaja mulutku menjawab.
Mamat tersebut mengerutkan keningnya. Eh minah ni. Muka sahaja cun. Memang cun gila. Malangnya perangainya lagi gila daripada orang gila.
“Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk aku pula dengan beg bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula. Eeei, kau ni kan….”
“Takkan sebab saya terlanggar badan awak, awak nak ikut saya macam perogol bersiri? Lepas tu tenung saya macam saya tak pakai baju. Awak fikirlah sendiri. Takde perempuan yang suka ditenung macam tu. Saya tak suka awak tau tak!!!” jawab aku dengan marahnya. Aku takut sebenarnya. Aku buat-buat je. Waa, mak…
“Nah!!!Bisinglah awak ni,”
Lelaki tersebut menghulurkan handphone N73 milikku betul-betul dekat dengan hidungku. Aku menyambutnya. Eh?
“Kau langgar aku macam samseng. Handphone kau tu jatuh betul-betul kat kaki aku. Ikutkan hati aku, malas nak kutip handphone kau tu. Nasib baik aku sempat masuk tren tu. Aku nak pulangkan masa kat dalam tren. Tapi tren tu penuh sangat. Nak panggil nama aku tak tau. Kebetulan kau turun stesen yang sama dengan aku.”
Cazlin menelan air liurnya. Alamak, malunya. Apa aku nak buat ni? Rasa macam nak lari 1000 meter tanpa henti. Eh, tak boleh. Aku kan semput.
“Ye ke?” itu sahaja yang mampu aku katakan. Lidahku kelu. Ya Allah, besarnya salah aku kat brader ni. Inilah akibatnya kalau suka bersangka buruk kat orang.
Lelaki tersebut tergelak. Aku pula berasa pelik. Aku ada buat lawak ke? Atau muka aku yang dah berubah jadi badut?
“Kau jangan buat muka macam tu. Perogol pun lari tengok muka kau macam tu tau tak?”
“Saya minta maaf.Er…” aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Apa aku nak cakap? Aku dah malu gila ni.
“Its ok. Aku faham kalau perempuan macam kau bereaksi macam tu. Aku blah dulu la. Bye budak samseng…” Brader tersebut meninggalkan aku. Aku menekup mukaku. Aduh, aku dah buat lawak antarabangsa. Hari ini dalam sejarah. Ah, lantaklah. Aku tak kenal dia. Dia tak kenal aku. Aku takkan jumpa lagi dia sampai bila-bila. Dia pun takkan jumpa aku lagi sampai bila-bila. Yup, Cazlin. You can do it. Chaiyok…

BAB 2
Cazlin mengusap-usap si Putih. Hari ni restoran along tak ramai pelanggan. Rileks kejaplah. Inilah rutin aku. Aku akan menolong along di gerai bila sahaja aku ada kelapangan. Aku jarang pulang ke kampung. Siapa lagi yang ada di kampung. Along yang menjaga aku selama ini. Along, atuk dan nek Mah yang menjaga aku sejak dari kecil. Tetapi semenjak atuk dan nek mah pulang ke rahmatullah, aku sudah jarang pulang ke kampung. Tiada sesiapa lagi yang menantiku di sana.
“Lin, ambik order!!!” jerit alongku.
“Siap,” sahutku lalu menuju kea rah pelanggan yang sedang memenuhi meja di ruang hadapan.
“Selamat datang. Nak makan dan minum apa?” tanyaku sambil mencari pemilik wajah pelangganku yang sibuk mengikat tali kasutnya. Sebaik sahaja pelangganku itu mengangkat wajahnya dan memandang wajahku, pensil serta buku nota kecil di tanganku terlepas dari pegangan tanganku. Brader tu!
Brader tersebut mengangkat pensil dan buku nota kecilku lalu menghulurkan kepadaku. Sempat juga dia menghulurkan senyuman manis kepadaku. Aku menyambutnya. Namun, entah mengapa secara tiba-tiba otot mukaku menjadi keras.
“Awak ni suka sangat jatuhkan barang. Saya nak kopi O ye,” ujarnya. Brader tersebut tersenyum kepada rakannya yang berada di sebelahnya.
Selesai mengambil order aku cepat-cepat meninggalkan brader tersebut. Eee, kenapalah aku jumpa semula dengan brader ni? Argh, tidak. Macam tak percaya je. Tiap kali jumpa aku mesti buat perkara yang memalukan diriku sendiri.
“Siapa pula awek tu, Adam? Cun gila. Macam mana kau boleh kenal dia? Aku tak pernah tengok dia pun.” Soal Syafiq Qhaizir. Dia masih merenung gadis tersebut. Inilah gadis melayu paling cantik yang pernah dia jumpa.Putih melepak, ada lesung pipit, sebijik macam Maya Karin.
Adam Shafiq tersenyum lagi.
“Minah samseng tu?”
“Samseng? Aik, punya lawa kau panggil dia samseng? Apalah kau ni?Tapi lawa gila siot. Ada nombor telefon dia tak? Lawanya..lawanya,”
“Dialah minah yang aku jumpa kat komuter hari tu. Minah yang hempuk aku dengan beg bangla dia tu,”
Syafiq Qhaizir ketawa terbahak-bahak.
“La, dia ke? Macam tak percaya je. Cun gila macam ni, boleh pula jadi samseng? Ish, macam tak percaya je.”
“Itu la pasal. Kalau tak kereta aku buat hal kat Seremban, kena naik komuter, tak payahlah aku nak bersusah payah kena hempuk dengan beg bangla dia.” ujar Adam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Weyh, kau tak baik-baik lagi dengan si Hana ke? Kau hilang beberapa hari tu, hari-hari dia datang cari kau tau tak? Sampai aku pula yang naik lemas tengok gelagat dia. Perang besar nampaknya kau dengan dia?”
“Biar dia rasa. Sabar aku pun ada batasnya tau tak? Dah tiga kali aku propose dia. Jawapannya tetap sama. Tak habis-habis dengan jawapan tak bersedia. Kerjaya baru nak bermula la konon. Aku pun dah tawar hatilah.”
“ Biasalah, bintang baru nak meletup. Muka tengah laku sekarang. Macam tu lah. Nasib kau la berkasih dengan bintang popular.” Syafiq tergelak kecil. Kesian sungguh dengan membernya yang seorang nih. Bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah. Bila si Hana dah menjadi bintang popular tanah air, memang membernya itu makan hati setiap hari. Itulah bahana kalau bercinta dengan artis terkenal. Susah nak beri komitmen.
“Mama aku dah sibuk suruh kahwin. Aku dah pening tak tahu nak buat macam mana. Mama bagi aku had sampai sebelum umur aku masuk 28. Sekarang umur aku 27. Lagi setahun beb. Si Hana pula mintak aku tunggu dia lagi 4 tahun. Mati aku Fiq.” Adam meraup wajahnya. Terbayang wajah ayu Hana Nadia. Memang aku sayang gila kat dia. Tapi mak…
“Kau bagi jelah kata dua kat Hana. Kau cakaplah yang mama kau nak kahwinkan kau dengan orang lain. Haa, mesti dia jadi kalut. Mesti dia sendiri propose kau kat mak kau. Perempuan beb. Bukan susah sangat nak handle,” ujar Syafiq sambil mengangkat kening kirinya. Dia melemparkan senyum nakal kepada Adam. Ini Fifiq Mr. Romeo la. Sape tak kenal? TApi Fifiq tu cuma nama manja dia dalam kalangan wanita sahaja. Teman baiknya Adam Shafiq cukup menyampah apabila mendengar nama itu.
Adam tersenyum. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Geram sungguh dia dengan si Hana. Awek dari zaman sekolah tu. Bertahun-tahun menyemai cinta. Sudah tentulah dia ingin mengakhirinya dengan ikatan suci. Namun Hana memandang sepi hasrat hatinya. Katanya ingin mengukuhkan kerjayanya yang kini berada di kemuncak. Hai, nasib baiklah buah hati pengarang jantung.

Hadi menyusun kerusi di restorannya.Satu persatu. Dia melihat adiknya yang turut menyusun kerusi bersama-samanya. Kasihan. Ada sahaja waktu terluang pasti adiknya akan membantunya di restoran. Adiknya tidak seperti remaja lain. Mungkin remaja lain suka berhibur, berpeleseran, keluar melepak dengan rakan-rakan pada waktu-waktu cuti begini. Adiknya lebih suka membantunya di restoran. Adiknya tak pernah berasa kasih ibu dan ayah. Ayah mereka meninggalkan mereka sekeluarga ketika adiknya baru berusia 3 bulan dalam kandungan ibunya. Ibu pula meninggal sebaik sahaja melahirkan Cazlin. Pada dirinya, atuk dan nek Mah adiknya menumpang kasih. Cazlin tak pernah meminta apa-apa darinya. Dia harap dapat menjaga adiknya sampai bila-bila.
“Lin, esok kita tak berniaga tau. Kita cuti rehat ye, dik.”
“Cuti? Esok kan hari minggu,long. Customer mesti ramai. Rugilah along nanti. Lagipun along tak pernah ambil cuti hari minggu. Along nak pergi dating ek?” usik Cazlin terhadap abangnya. Tangan semakin pantas menyusun kerusi ke satu sudut. Manakala alongnya menutup pintu kedai.
“A’ah. Along nak pergi dating,”
Cazlin teruja. Wah, alongnya sudah punya kekasih. Satu perkembangan yang baik. Yelah, sudah cukup pengorbanan along terhadap dirinya. Tidak kahwin-kahwin walaupun umurnya sudah menginjak 34 tahun. Along tidak mahu tumpuannya terhadap dirinya terjejas apabila dia sudah berkeluarga kelak. Sampai begitu sekali pendirian along terhadap dirinya.
“Wah, dengan siapa? Lin tak tahu pun,”
Hadi tersenyum.
“Dengan Lin la..,”
Cazlin konfius. Apa ni? Along main-mainkan aku ke?
“Sebenarnya along nak bawa Lin pergi bercuti kat Langkawi. Ini sebagai hadiah Lin dapat anugerah dekan semester lepas,”
Cazlin yang terlalu terkejut dengan tawaran abangnya terlepas kerusi dari pegangan tangannya. Habis kerusi-kerusi yang disusunnya menimpanya. Hadi mendapatkan adiknya.
“Ya Allah, dik. Lin tak apa-apa? Hadi mengangkat kerusi-kerusi yang menimpa adiknya. Nasib baiklah cuma kerusi plastik. Lin, Lin..
Cazlin memeluk abangnya. Dia memeluk dengan erat. Hadi turut memeluk adiknya. Dia mengucup dahi adiknya.
“Lin mesti jaga diri baik-baik. Abang tak suka Lin cuai macam ni. Kalau abang takde nanti siapa nak tolong Lin? Lin da besar tau. Lin dah boleh kahwin. Siapa nak kahwin dengan Lin kalau Lin clumsy macam ni?”
Cazlin menumbuk dada alongnya.
“Apa along cakap ni? Dah.. dah… Jom kita balik. Esok kan nak pegi holiday. Kita belum kemas barang lagi,”ujar Cazlin sambil cepat-cepat menyusun kerusi yang sudah bertaburan. Hadi tergelak melihat telatah adiknya. Malulah tu.

DBC : Ep 1 - 3

Bab 1

Testing

Hi..